CHENGDU, China: Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia, Khadijo Aden Dahir digantung selepas menghantar atlet tidak terlatih dalam acara 100 meter (m) pada Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China.
Nasra Abukar mengambil masa 21.81 saat (s) untuk menamatkan larian 100m wanita, Selasa lalu – 10.23s di belakang pemenang perlumbaan yang merakam 11.58s.
Rakaman larian perlumbaan melibatkan wanita berusia 20 tahun itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Video tersebut menerima kecaman hebat hingga mendorong Menteri Sukan Somalia, Mohamed Barre Mohamud membuat permohonan maaf.
Somalia’s sports minister has apologised after a video of an ‘untrained’ Somali runner jogging down the track for a 100m race at an international competition went viral.
One of Somalia’s top athletics bosses has been suspended for ‘nepotism’ 👇 pic.twitter.com/oBtEH1yfJq
— AJE Sport (@AJE_Sport) August 3, 2023
Mohammed Barre yang tidak tahu mengenai pemilihan Abukar mengarahkan siasatan dilakukan.
Kementerian itu kemudian meminta Jawatankuasa Olimpik Somalia untuk menggantung Khadijo atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, nepotisme dan memalukan nama baik negara.
Menurut pengguna media sosial, Abukar dipercayai anak saudara pengerusi persekutuan itu. – AGENSI