Pearly-Thinaah tumbangkan juara dunia dua kali

Pearly-Thinaah tumbangkan juara dunia dua kali

PEARLY Tan-M. Thinaah melangkah ke suku akhir Kejohanan Dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pearly Tan-M. Thinaah mengejutkan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark hari ini.

Pasangan ranking ke-11 itu menundukkan beregu No. 4 dunia, Matsumoto-Nagahara 21-14, 22-20 pada pusingan ketiga yang berlanjutan selama 48 minit.

Ini adalah kemenangan ketiga mereka daripada pertemuan menentang Matsutomo-Nagahara, yang merupakan juara dunia 2018 dan 2019.

Kemenangan itu bakal menemukan Pearly-Thinaah dengan pilihan keenam, Zhang Shu Xian-Zheng Yu dari China yang mara selepas menyingkirkan pasangan Belanda, Kirsten De Wit-Alyssa Tirtosentono 21-13, 21-10.

Turut meneruskan kemaraan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menumpaskan pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 20-22, 21-19, 21-12. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya