Pan Gon tak mahu lepas Arif Aiman

Pan Gon tak mahu lepas Arif Aiman

ARIF Aiman Hanapi (kanan) , Faisal Halim dan Akhyar Rashid menjadi trio serangan terbaik dimiliki Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat skuad bawah 23 (B-23) tahun negara untuk mendapatkan khidmat Arif Aiman Hanapi memperkuatkan pasukan tidak ke­sam­paian apabila Harimau Malaya tidak melepaskan bintang muda itu.

Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang memberi bayangan khidmat bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) itu amat ditagih untuk merangka persiapan bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dan pusingan akhir Piala Asia 2023 tahun depan.

Jelas Pan Gon, pihaknya sedia melepaskan pemain ­penting yang lain ke pasukan B-23 ­kerana sedar skuad E. Elavarasan itu turut mempunyai kejohanan penting bulan depan.

“Kami sentiasa melihat untuk memilih pemain terbaik. Kita tahu September ini ada kejohanan bagi skuad B-23, jadi kami akan hantar semua pemain penting ke skuad B-23.

“Kecuali Arif Aiman (tidak akan ke skuad B-23) kerana pada masa yang sama juga kami mahu memilih pemain terbaik bagi mempersiapkan skuad ­se­nior.

“Saya fikir Arif Aiman akan dibawa ke skuad senior kebangsaan.

“Pemain lain kita hantar bersama skuad B-23, ia bagus untuk mereka mendapat pengalaman peringkat antarabangsa dan diharap mereka dapat membantu skuad B-23,” katanya.

KIM PAN GON

Harimau Malaya akan mengharungi dua aksi persahabatan menentang Syria dan China pada 6 dan 9 September ini dengan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Chengdu, China.

Aksi tersebut sebagai persiapan buat skuad senior negara untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2026, November ini dan disusuli pusingan akhir Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan.

Skuad B-23 pula akan mengharungi kempen kelayakan ­Piala Asia B-23 2024 bulan depan dengan skuad bimbingan ­Elavarasan diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand, Bangladesh dan Filipina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya