Olimpian, ‘lokal’ akan bantu penerjun negara

Olimpian, ‘lokal’ akan bantu penerjun negara

KETUA Kontinjen Negara ke Sukan Asia Hangzhou, Datuk Chong Kim Fatt (bertopi) melawat persiapan skuad terjun di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) memberi bayangan bahawa Olimpian negara bakal menerajui jawatan pengarah teknikal dan pengurus prestasi tinggi bagi membantu sukan terjun negara berada dalam landasan terbaik dan bersinar di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Agung MAS, Andy Low berkata, pihaknya kali ini membuka ruang kepada pakar tempatan untuk bersama struktur kejurulatihan skuad terjun negara dan bakal memuktamadkan keputusan tersebut pada hujung bulan ini.

Kata Andy, pihaknya sudah temuduga enam calon dan lima daripadanya adalah bekas olimpian negara.

“Kita sudah lakukan sesi temuduga hari ini dan lima daripadanya merupakan bekas olimpian negara. Kita akan dalam proses melakukan pemilihan dan keputusan tersebut akan diketahui pada hujung bulan ini.

“Empat calon yang kita terima adalah bagi jawatan pengarah teknikal dan dua lagi calon untuk pengurus prestasi tinggi. Menariknya, kesemua calon itu adalah tempatan.

“Kali ini kita berjuang untuk memberi peluang kepada orang tempatan bersama MAS. Sebab apa kita pilih calon ini kerana kita juga mempunyai olimpian.

“Jadi kali ini kita cuba ‘lokal’ kerana lebih mudah terutama dari segi bahasa, budaya dan lebih memahami,” katanya ketika ditemui di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil semalam.

Kata Andy, empat calon menjalani temuduga untuk jawatan Pengarah Teknikal terdiri daripada Datuk Leong Mun Yee, Bryan Nickson Lomas, Mohd. Azheem Bahari dan Khairul Safwan Mansur.

Dua calon untuk mengisi tugas pengarah prestasi tinggi adalah Rossharisham Roslan dan Kelvin Chong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya