Nur Lyana, Azurin uji kemampuan di Liga Wanita Kosovo

Nur Lyana, Azurin uji kemampuan di Liga Wanita Kosovo

Nur Lyana Soberi dan Nur Azurin Mazlan (empat, kiri) diperkenalkan oleh kelab Liga Wanita Kosovo, KFF Presingu semalam. – IHSAN KFF Presingu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bola sepak wanita negara mengorak langkah lebih jauh apabila bekas pemain Selangor FC, Nur Lyana Soberi mengikuti jejak penjaga gol kebangsaan, Nur Azurin Mazlan beraksi dalam Liga Wanita Kosovo.

Kedua-dua mereka diper­kenalkan oleh kelab KFF ­Presingu sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Adem Jashari, Prishtina, Ahad lalu.

Azurin yang pernah berkelana di India dan dinobat sebagai penjaga gol terbaik Liga Wanita Karnataka 2022 memaklumkan, dia menandatangani kontrak bersama kelab baharu itu dua minggu lalu.

“Lepas balik dari Liga India (Mei lalu), saya dan ejen me­lakukan perbincangan dengan banyak kelab. Dari situ kami melihat dan menilai peluang-peluang terbaik untuk saya pergi lebih jauh.

“Alhamdulillah, beraksi da­lam liga India menjadi batu loncatan untuk saya lebih ke hadapan.

“Dari situ juga banyak pihak buka mata bahawa pemain Malaysia mampu bermain di luar negara dan lebih baik daripada yang disangkakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kini, perjalanannya itu menjadi ikutan rakan sepasukan kebangsaan, Nur Lyana yang telah ­meninggalkan tanah air minggu lalu bagi menyertai KFF ­Presingu untuk lapan bulan.

Bekas tonggak utama ­Selangor FC itu mula bergiat aktif sejak 2017 ketika ­menyertai Tun Sharifah Rodziah, malah membantu menyumbang kejuaraan pada 2018 dan 2022.

Pemain berusia 24 tahun itu bahkan berhasil melakukan penutup yang indah sebelum berlepas keluar apabila dianugerahkan Pemain Paling Bernilai dalam Liga Wanita Selangor tahun ini.

“Sebelum menerima tawaran ke Kosovo, Lyana sempat beraksi 270 minit bersama skuad Wanita Selangor FC membantu pasukan berada di tempat kedua dengan lima mata terkumpul dalam saingan Liga Wanita Nasional 2023 setakat ini.

“Daripada tiga perlawanan, dia berjaya membuat empat percubaan tepat ke arah gawang, 10 sepakan percuma dan empat sepakan penjuru,” menurut Selangor FC dalam laman web mereka ketika mengumumkan pemergian Lyana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya