Noguchi meninggal dunia

Noguchi meninggal dunia

PELUMBA Jepun, Haruki Noguchi meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia.-Ihsan FIM Asia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Jepun, Haruki Noguchi meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan pada Perlumbaan 2 Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia, Ahad lalu.

FIM Asia mengesahkan Noguchi menghembuskan nafas terakhirnya semalam selepas dirawat secara intensif di Hospital Awam Nusa Tenggara Barat.

“Dengan penuh kesedihan kami mengumumkan kematian Haruki Noguchi selepas tiga hari menerima rawatan intensif di Hospital Awam Nusa Tenggara Barat.

“Semasa Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2023 yang diadakan di Litar Antarabangsa Mandalika, Haruki cedera parah berikutan insiden di selekoh 10, Pusingan 4 kategori Asia Superbike 1000cc.

“Penunggang berumur 22 tahun itu segera menerima rawatan di pusat perubatan litar sebelum dipindahkan ke hospital. Di sebalik usaha sehabis baik dilakukan kakitangan perubatan, Haruki meninggal dunia akibat kecederaannya pada 16 Ogos 2023 jam 5.40 petang,” kata FIM Asia dalam kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan yang sama Presiden FIM Asia dan Lembaga Pengarah, keluarga Two Wheels Motor Racing dan FIM Asia Road Racing mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang Haruki Noguchi.

Pada Perlumbaan 1 Sabtu lalu, Noguchi yang mewakili pasukan SDG MS Harc-Pro.Honda.Ph. menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan catatan masa 16 minit 13.176 saat.

Perlumbaan 2 terpaksa dihentikan berikutan kemalangan membabitkannya.

Noguchi dilihat sebagai pelumba berpotensi dan mengumpul 113 mata keseluruhan bagi kelas perdana untuk berada di tangga kedua keseluruhan.

Pelumba itu memulakan kempen dengan cemerlang, menawan kedua-dua perlumbaan pada Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya