Neymar ke Riyadh dengan pesawat bernilai RM1.01 bilion

Neymar ke Riyadh dengan pesawat bernilai RM1.01 bilion

NEYMAR terbang ke Riyadh menaiki pesawat peribadi termahal dunia berharga RM1.01 bilion.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Neymar terbang dari Paris ke Riyadh menaiki pesawat peribadi termahal dunia berharga 172 juta pound (RM1.01 bilion) yang dimiliki Putera Arab Saudi.

Bintang Brazil itu tiba di Arab Saudi, minggu lalu bagi melengkapkan perpindahan bernilai 78 juta pound (RM456.81 juta) dari Paris Saint Germain (PSG) ke Al-Hilal.

Kapal terbang jenis Boeing 747 itu adalah milik Putera Al Waleed bin Talal yang meminjamkannya kepada Neymar secara percuma.

Ia dilengkapi meja makan dan tiga sofa, tiga bilik tidur serta singgahsana emas dengan semua 400 kerusi penumpang dikeluarkan untuk ruang lebih luas.

Bekas bintang Barcelona itu turut meminta pemilik Al-Hilal menyediakan tiga kereta mewah untuknya serta lima lagi kenderaan berserta pemandu buat keluarga dan kakitangannya.

Kereta mewah itu termasuk Bentley Continental GP, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan.

Di rumah, Neymar mahu peti ais yang sentiasa penuh dengan minuman kegemarannya, jus Acai serta minuman Guarana untuk keluarga dan rakannya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya