Misi Zii Jia lupakan igauan Kejohanan Dunia

Misi Zii Jia lupakan igauan Kejohanan Dunia

LEE Zii Jia tidak menyertai program RTG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng enggan memberi tekanan buat anak didiknya pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark bermula 21 Ogos depan.

Tiga kejohanan pertama Zii Jia di bawah kendalian Tat Meng menyaksikan bekas pemain No. 2 dunia itu tidak menghasilkan keputusan memberangsangkan kecuali pada Terbuka Australia apabila dia berjaya mara ke separuh akhir.

Berdasarkan tiga kejohanan itu, Tat Meng merasakan ada peningkatan dalam diri Zii Jia dan menaruh keyakinan dia mampu untuk beraksi lebih cemerlang.

Tahun lalu di Tokyo, Zii Jia dikritik hebat apabila tersingkir seawal pusingan ketiga setelah dia sebelum itu mencipta kontroversi menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham bagi memberi tumpuan penuh kepada Kejohanan Dunia.

“Tiga kejohanan sebelum ini, saya tidak membuat banyak perubahan kerana dia masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan corak latihan baharu.

“Saya hanya membuat sedikit perubahan tetapi kami ba­nyak berkomunikasi selepas tamat kejohanan di Korea, Jepun dan Australia, banyak tertumpu kepada gaya permainan dan psikologi pemikirannya,” kata Tat Meng.

LEE Zii Jia akan membuka kempen Kejohanan Dunia dengan menentang Jonatan Christie.

Biarpun Zii Jia tidak lagi dalam kelompok 10 terbaik dunia, Tat Meng percaya pemain itu lebih selesa turun sebagai bukan ­pilihan.

Lawan Zii Jia di pusingan pertama adalah pilihan kelima, Jonatan Christie dari Indonesia yang mempunyai rekod pertemuan lebih baik.

“Memang dia tidak diletak sebagai pilihan tetapi bukan Zii Jia sahaja, pemain yang diberi status pilihan pun perlu menewaskan pemain lain untuk bergelar juara.

“Jadi apabila dia (Zii Jia) mengatakan dia tidak ada tekanan apabila diletakkan sebagai bukan pemain pilihan kejohanan, harap dia mampu beraksi dengan hati yang senang, lebih santai dan menikmati setiap perlawanan.

“Saya rasa dia berhadapan dengan tekanan ketika menyertai kejohanan lain serta sesi latihan, saya harap dia mampu atasi masalah ini,” tambah Tat Meng.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya