Misbun tak pengaruhi anak tinggalkan BAM

Misbun tak pengaruhi anak tinggalkan BAM

MISBUN Ramdan Misbun (kiri) dan Misbun Sidek (kanan) bersama pemain remaja yang beraksi dalam kejohanan Pembangunan Jaya Raya di Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Misbun Sidek mahu anaknya, Misbun Ramdan Misbun terus berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) biarpun beliau sudah ‘berpatah arang, berkerat rotan’ dengan badan induk kebangsaan itu.

Ramdan yang pernah ber­gelar juara kebangsaan 2012 selain pemenang pingat perak Remaja Dunia 2009 dibawa masuk Misbun bulan lalu sebagai salah satu tenaga pengajar untuk mendidik perseorangan remaja negara, bersama ­Hazwan Jamaluddin dan Goh Giap Chin.

Dia pernah mengejutkan arena badminton negara apabila bertindak keluar dari BAM pada 2013 hanya selepas dua minggu menjuarai Grand Prix Malaysia (Kejohanan Kebangsaan).

Biarpun hubungan Misbun dan BAM kini keruh menerusi pendedahan dalam satu sidang akhbar kelmarin, jurulatih berusia 63 tahun itu tetap mahukan Ramdan untuk terus membantu pemain kebangsaan.

MISBUN Ramdan Misbun bersama pemain negara, Ong Xin Yee.

“Itu satu pekerjaan, dan dia telah pelbagai kesukaran dan pernah menjadi juara kebangsaan. Saya ambil dia, menemubual dia kerana dia pernah banyak memenangi gelaran antarabangsa.

“Saya cari satu jurulatih yang pernah menang gelaran antarabangsa supaya senang untuk memupuk pemain-pemain ­baru ini.

“Saya cakap kepadanya su­paya jangan terpengaruh (konflik Misbun dan BAM), dia adalah dia, saya adalah saya. Jika ada masalah, dia boleh datang balik kepada saya,” jelas ­Misbun.

Dalam pada itu, Misbun belum mempunyai sebarang perancangan untuk kembali me­latih di lapangan dalam tempoh terdekat biarpun me­ngakui pernah ditawarkan kontrak ber­khid­mat dengan negara lain.

“Tawaran itu ada tetapi saya seorang yang patriotik. Saya tidak akan terima tawaran di luar selain Malaysia.

“Kenapa harus saya terima? Saya percaya kita boleh memupuk bakat bakat yang ada dalam negara ini untuk menjadi juara,” kata jurulatih legenda itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya