Misbun sudah lihat surat tawaran – Kamal

Misbun sudah lihat surat tawaran – Kamal

MISBUN SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah pun mengambil surat tawaran untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek bagaimanapun hanya akan memutuskan statusnya dalam masa terdekat selepas mempertimbangkan beberapa perkara.

Pembantu peribadinya, Nor Kamal Ahmad berkata, beliau sendiri telah pergi ke pejabat BAM kelmarin untuk mengambil surat bercetak dan menyerahkan kepada Misbun.

Katanya, jurulatih itu sebelum ini sudah menerima surat tawaran BAM menerusi emel pada 3 Ogos lalu, namun belum membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya.

“Datuk Misbun telah menerima emel pada 3 Ogos dan serahan tangan pada 7 Ogos. Surat bercetak itu saya ambil sendiri di BAM bagi pihak beliau.

“Yang jelasnya, surat itu mengandungi tawaran untuk Datuk Misbun masuk semula ke BAM namun intipatinya tidak dapat dikongsikan buat masa ini kerana tidak mahu mendahului persatuan.

“Surat balas daripada Datuk Misbun sama ada menerima atau menolak tawaran itu akan diserahkan dalam jangka masa terdekat, dan kemudian beliau sendiri akan mengumumkan kepada media,” Nor Kamal kepada Utusan Malaysia.

Rabu lalu, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria membuat permohonan maaf kepada bekas Pengarah Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) itu yang ditamatkan kontrak lebih awal.

Selain memohon maaf, Mohamad Norza turut menawarkan menawarkan semula jawatan tersebut kepada Misbun sehingga kontraknya berakhir pada Disember ini.

Begitupun Misbun berkata, biarpun menerima permohonan maaf tersebut, namun beliau mahu melihat dahulu kandungan surat tawaran tersebut sebelum membuat keputusan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya