Misbun maafkan Norza

Misbun maafkan Norza

MISBUN SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut konflik antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersama bekas jurulatih perseorangan remaja negara, Datuk Misbun Sidek semakin menampakkan sinar di hujung terowong apabila pengendali berusia 63 itu menerima permohonan maaf yang dikemukakan badan induk itu menerusi presidennya, Tan Sri Mohammad Norza Zakaria.

Perkara itu disahkan oleh pengurus peribadi Misbun, Nor Kamal Ahmad yang lega selepas Norza bersama kepimpinan tertinggi BAM semalam telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media khas di Bukit Kiara semalam.

Datuk Misbun Sidek bersama pengurus peribadinya, Nor Kamal Ahmad (kiri).

Menerusi sidang media itu, Norza menjelaskan wujud salah faham komunikasi dalam isu ini sehingga mewujudkan situasi tegang antara BAM bersama Misbun.

“Apabila Tan Sri Norza sendiri yang membuat permohonan maaf, Misbun mengakui beliau berasa lega. Misbun menerima permohonan maaf itu dan anggap perkara ini selesai, beliau tidak mahu memanjangkan isu ini lagi,” kata Kamal ketika dihubungi pemberita selepas usaha mendapatkan reaksi Misbun di kediamannya, hari ini tidak berhasil.

“Buat masa ini, Misbun belum bersedia untuk bertemu dengan pihak media dan beliau meminta saya untuk membuat kenyataan kepada media berhubung perkara ini. Apa yang saya sampaikan, inilah yang diluahkan sendiri oleh Misbun,” jelas Kamal yang dihubungi pihak media hari ini.

Terdahulu Misbun meluahkan rasa terkilan apabila BAM mengumumkan penamatan kontraknya secara persetujuan bersama pada Jumaat lalu, biarpu hakikatnya dia tidak bersetuju dengan tindakan badan induk tersebut.

Dalam masa yang sama, Kamal menjelaskan Misbun masih menanti surat rasmi daripada pihak BAM yang menawarkan semula jawatan sebagai jurulatih perseorangan remaja negara sebelum membuat keputusan lanjut.

“Setakat ini, belum ada sebarang surat tawaran rasmi daripada BAM. Apabila sudah ada surat tawaran rasmi nanti, barulah Misbun akan mempertimbangkan dan buat keputusan.

“Beliau mahu lihat dulu apa isi kandungan dan perincian mengenai tawaran yang diberikan bam itu,” tambah Kamal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya