Malaysia ke separuh akhir Piala AFF B-23

Malaysia ke separuh akhir Piala AFF B-23

PEMAIN negara meraikan jaringan ketika menentang Timor Leste dalam Kejohanan AFF B-23 di Stadium Wilayah Rayong di Thailand sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan B-23 AFF 2023 selepas menumpaskan Timor Leste 3-1 sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan anak-anak buah E.Elavarasan berjaya mengutip enam mata penuh dalam aksi peringkat Kumpulan B selepas merekodkan dua kemenangan.

Dalam aksi di Stadium Wilayah Rayong itu, skuad negara menguasai babak awal permainan apabila berada dihadapan seawal lima minit permainan menerusi Alif Ikmalrizal Anuar.

Lapan minit kemudian, skuad negara berada 2-0 dihadapan selepas Alif Izwan Yuslan bijak menggunakan kesempatan untuk menumpaskan penjaga gol Timor Leste, Georgino Da Silva buat kali kedua.

Bagaimanapun, lewat babak pertama,Timor Leste memperkemaskan rentak permainan dengan mereka lebih banyak menguasai bola untuk memberi tekanan kepada skuad negara.

Asakan demi asakan oleh skuad kendalian Park Suntae akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya merapatkan kedudukan menjadi 2-1 menerusi penyudah kemas Olagar Xavier pada minit ke-41.

Bersambung babak kedua, Malaysia kembali memperkemaskan rentak dan tidak membenarkan Timor Leste menguasai bola dengan beberapa gerakan membuat pertahanan lawan kucar kacir.

Gerakan bertali arus skuad negara akhirnya membuahkan hasil apabila Alif Ikmalrizal sekali lagi meledak pada minit ke-65 untuk meletakkan anak-anak buah Elavarasan selesa 3-1 di hadapan.

Pada minit ke-74, Timor Leste hampir merapatkan kedudukan namun, penjaga gol negara Azim Al-Amin cemerlang menepis bola keluar sekali, gus menyelamatkan gawang negara dibolosi buat kali kedua.

Kedudukan 3-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk skuad negara menempah slot ke peringkat separuh akhir pada Khamis ini menentang juara kumpulan C, Vietnam.

Satu lagi aksi separuh akhir akan menyaksikan tuan rumah Thailand akan berentap dengan Indonesia yang muncul selaku naib juara kumpulan terbaik-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya