Malaysia jumpa India dalam Pestabola Merdeka

Malaysia jumpa India dalam Pestabola Merdeka

UNDIAN Pestabola Merdeka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan memulakan kempen Pestabola Merdeka pada Oktober ini dengan menentang pasukan No. 99 dunia, India.

Kejohanan itu yang akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober menjadi pentas terbaik buat Harimau Malaya untuk menguji kekuatan menjelang Piala Asia di Qatar tahun depan.

Pestabola Merdeka 2023 yang disertai empat negara dengan format kalah mati itu turut menyaksikan kehadiran pasukan ranking ke-96 dunia, Palestin dan Lebanon yang berada di tangga ke-100 dunia.

Dalam undian yang diadakan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, skuad bimbingan Kim Pan Gon akan membuka kempen dengan menentang India pada 13 Ogos.

Pemenang kemudian akan menentang Pelastin atau Lebanon yang turut memulakan saingan pada 13 Ogos.

Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di mana perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga diadakan pada 17 Oktober.

Ini adalah edisi ke-42 Pestabola Merdeka, namun kali terakhir kejohanan diadakan adalah pada 2013, di mana skuad bawah 23 (B-23) negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika itu berjaya muncul juara menewaskan Myanmar 2-0. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya