Malaysia jinakkan juara tiga kali, Pakistan di ACT 2023

Malaysia jinakkan juara tiga kali, Pakistan di ACT 2023

Skuad hoki negara menumpaskan Pakistan 3-1 dalam aksi pembukaan Trofi Juara-Juara Asia 2023 di Chennai, India hari ini. (FOTO: AHF)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI, India- Skuad hoki negara memulakan kempen Trofi Juara-Juara Asia dengan langkah kanan apabila menumpaskan juara tiga kali, Pakistan dengan keputusan 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan, Tamil Nadu India hari ini.

Pasukan kendalian Arul Selvaraj cemerlang apabila meraih dua jaringan dalam tempoh dua minit, dengan kedua-duanya disumbangkan oleh Firhan Ashaari pada minit ke 28 dan 29.

Shello Silverius terus meletakkan The Speedy Tigers semakin selesa di hadapan apabila berjaya merobek gawang Pakistan pada minit ke 44 untuk kedudukan menjadi 3-0.

Aksi barisan pemain hoki negara ketika berentap dengan Pakistan dalam aksi pembukaan Trofi Juara-Juara Asia 2023 di Chennai, India hari ini. (FOTO: Hockey India)

Pakistan cuba untuk bangkit, namun jaringan mereka ketika suku empat permainan menerusi Abdul Rehman sudah terlambat untuk menghalang Malaysia meraih kemenangan pertama untuk kejohanan ini.

Kemenangan ini juga turut membalas kembali kekecewaan skuad negara yang tewas kepada Pakistan dalam aksi separuh akhir ACT 2018 menerusi penentuan pukulan penalti.

Malaysia akan meneruskan kempen mereka dalam kejohanan ini dengan turun menentang China pada esok

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya