Malaysia gagal raih kedudukan ketiga Piala AFF B-23

Malaysia gagal raih kedudukan ketiga Piala AFF B-23

AIMAN Afif cuba mengawal bola daripada dirampas pemain Thailand dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala AF B-23 di Rayong, Thailand sebentar tadi.-Ihsan FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) kempunan untuk menaiki podium di kejohanan Piala AFF B-23 selepas tewas 3-4 kepada Thailand dalam perebutan tempat ketiga menerusi penentuan sepakan penalti sebentar tadi.

Dalam aksi 90 minit di Stadium Rayong Provincial itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada separuh pertama namun, gagal menterjemahkan peluang terhidang dengan bentuk jaringan untuk kedudukan terikat 0-0.

Episod sama berulang pada separuh masa kedua dengan tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan biarpun tuan rumah, Thailand dilihat lebih banyak menguasai bola khususnya pada lewat permainan.

Kedudukan 0-0 itu memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti dengan dua pemain negara iaitu Syahir Bashah dan Muhammad Abu Khalil gagal menewaskan penjaga gol Thailand, Thirawooth Sraunson.

Kegagalan itu menyaksikan skuad negara tumpas 3-4 dalam aksi penentuan sepakan penalti, sekali gus kempunan sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga dalam edisi kali ini.

Dalam pada itu, aksi final Piala AFF B-23 akan berlangsung malam ini akan membabitkan pertembungan antara Vietnam dan Indonesia.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya