Malaysia catat kemenangan tipis 1-0 ke atas Korea Selatan

Malaysia catat kemenangan tipis 1-0 ke atas Korea Selatan

Aksi pemain Malaysia ketika berdepan pemain Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Kejohana Trofi Juara-Juara Asia 2023 yang berlangsung di Chennai, India hari ini (FOTO: AHF/ Hockey India)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI, India: Skuad hoki negara menamatkan saingan kumpulan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 dengan kemenangan setelah menumpaskan Korea Selatan 1-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Mayor Radhakrishnan, Tamil Nadu, India pada hari ini.

Malaysia terpaksa menanti sehingga minit ke 22 apabila Azrai Aizad Abu Kamal menolak bola ke gawang selepas mendapat hantar daripada rakan sepasukan, Muhajir Abdu Rauf untuk menewaskan penjaga gol Korea Selatan, Kim Jaehyeon.

Gol tersebut menyemarakkan lagi semangat Speedy Tigers namun Malaysia yang dibimbing Arul Selvaraj tidak dapat menembusi kubu Korea Selatan untuk menambah jaringan.

Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Malaysia menamatkan saingan dengan mengumpul 12 mata dan kini mendahului carta kumpulan.

India ketika ini sedang berdepan Pakistan dan jika tuan rumah berjaya menewaskan Paksitan, Malaysia akan jatuh ke tangga kedua.

Begitupun skuad negara sudah pun mengesahkan tempat ke separuh akhir dan lawan Malaysia merupakan pasukan tempat ketiga dalam kumpulan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya