Lyles lengkapkan kejuaraan berganda 100, 200m dunia

Lyles lengkapkan kejuaraan berganda 100, 200m dunia

Noah Lyles meraikan kejayaan muncul juara 200m pada Kejohanan Dunia di Budapest. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Jaguh pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles

memenuhi misinya untuk merangkul kejuaraan berganda dengan mempertahankan pingat emas 200 meter (m) lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia awal pagi tadi.

Kemenangan itu hadir hanya tiga hari selepas dia memenangi perlumbaan 100m, sekali gus menjadi atlet lelaki pertama meraih emas 100 dan 200m sejak Usain Bolt pada 2015.

Lyles yang memenangi emas keempat pada Kejohanan Dunia muncul atlet lelaki kelima melakukan kemenangan berganda.

Atlet berusia 26 tahun itu mencatat 19.51 saat (s) untuk meninggalkan rakan senegara, Erriyon Knighton di tempat kedua (19.75s), manakala gangsa 200m lelaki milik Letsile Tebogo dari Botswana (19.81s).

“Dalam dokumentari saya, saya bercakap mengenai apa yang mahu dilakukan, menjadi seorang yang berbeza daripada orang lain dan memenangi emas berganda salah satu dalam senarai itu,” kata Lyles yang mungkin meraih emas ketiga dalam acara berganti-ganti 4x100m lelaki awal pagi esok.

Shericka Jackson memenangi saingan 200m wanita.

Sementara itu dalam saingan wanita, bintang pecut Jamaica, Shericka Jackson menamatkan impian Sha’Carri Richardson untuk menyapu bersih acara 100-200m.

Jackson, 29, menebus kekalahannya kepada Richardson dalam acara 100m dengan memenangi saingan 200m menerusi catatan masa kedua terpantas di dunia, 21.41s.

Catatan itu melebur rekod kejohanan, malah hanya 0.07s di belakang rekod dunia 21.34s dicatat pelari AS, Florence Griffith-Joyner pada 1988.

“Saya rasa saya adalah satu testimoni kehidupan bahawa anda boleh mencipta sesuatu jika benar-benar mahukannya dan tidak berputus asa,” kata Jackson. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya