LTdL kembali dalam kalendar UCI

LTdL kembali dalam kalendar UCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perlumbaan berbasikal terkenal Malaysia, Le Tour de Langkawi (LTdL) tidak lagi ‘tergantung’ apabila kembali berada dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

UCI semalam bersetuju memasukkan semula LTdL 2023, yang dijadual berlangsung dari 23-30 September ini ke dalam kalendarnya selepas mengeluarkan perlumbaan itu minggu lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill yang juga jawatankuasa pengurusan UCI.

“Saya lega dengan kemasukkan semula LTdL kerana ia melibatkan nama baik Malaysia dan komuniti berbasikal antarabangsa.

“Ada tanggungjawab berat di bahu saya dan bersyukur ia telah diselesaikan sekarang,” kata Amarjit dalam satu kenyataan.

Amarjit berkata, beliau mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengarah Sukan UCI, Peter van de Abelle di Glasgow, di mana beliau menyatakan kepadanya bahawa LTdL mesti dikembalikan semula dengan segera.

Amarjit turut menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat oleh penganjur LTdL sebelum ini, Human Voyage kepada lima pasukan yang sebelum ini membuat aduan tidak menerima bayaran yuran penampilan serta tiket penerbangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya