Liek Hou yakin tiket Paris 2024 dalam genggaman

Liek Hou yakin tiket Paris 2024 dalam genggaman

Perseorangan lelaki para negara, Cheah Liek Hou (kanan) bersama jurulatihnya, Nova Armada meraikan kejayaan meraih gelaran juara Kejohanan Antarabangsa Empat Negara di Sheffield, England kelmarin. (FOTO: Facebook Cheah Liek Hou)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yakin misinya untuk kembali beraksi di temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 semakin cerah setelah berjaya menambah satu lagi kejuaran dengan memenangi Kejohanan Antarabangsa Empat Negara di Sheffield, England, kelmarin.

Liek Hou, 35 tahun berada dalam kelas tersendiri apabila menewaskan musuh ketatnya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-18, 21-10 dalam perlawanan final kategori SU5.

Ini merupakan gelaran juaranya yang kelima dalam acara perseorangan lelaki selepas Kejohanan Antarabangsa Sepanyol, Brazil, Bahrain dan Kanada.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo itu juga kini sedang selesa menerajui ranking ke Paris 2024 apabila mengumpul keseluruhan 55083 mata. 

“Kejohanan di England ini adalah bertaraf tahap satu, kejohanan yang menawarkan mata ranking tertinggi untuk ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

“Ini juga adalah kejohanan terakhir bertaraf tahap satu, jadi tiga kejohanan tahap satu saya sudah memenangi tahun ini, menjadikan keseluruhan tujuh kejohanan yang saya sertai pada tahun ini.

“Saya beraksi tanpa tekanan di England kerana saya sudah 80 peratus untuk layak ke Paris, jadi saya hanya menikmati sahaja permainan saya,” jelas Liek Hou yang dihubungi Utusan Malaysia.

Malang buat rakan senegara, Ikhwan ramlil apabila tewas kepada pemain Korea Selatan, Choi Jung Man 16-21, 12-21 dalam aksi final perseorangan lelaki WH1.

Misi Liek Hou selepas ini adalah untuk cuba merampas semula pingat emas Sukan Para Asia yang akan berlangsung di Hangzhou Oktober depan.

Ketika di Jakarta/Palembang 2018, Liek Hou terpaksa akur untuk sekadar membawa pulang pingat gangsa selepas tewas di pusingan separuh akhir kepada Anrimusthi.

“Sebelum ke Sukan Para Asia di Hangzhou, saya masih mempunyai satu lagi kejohanan di Australia, tetapi itu hanyalah kejohanan bertaraf tahap dua yang akan saya jadikan kejohanan pemanas badan sebelum ke Hangzhou,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya