Larangan baju pesaing penaja BAM bukan peraturan baharu

Larangan baju pesaing penaja BAM bukan peraturan baharu

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V,Subramaniam (dua dari kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tampil membetulkan persepsi semua pihak mengenai polisi penggunaan pakaian sukan yang dikenakan terhadap barisan pemain profesional yang berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara bukanlah sesuatu yang baru.

Timbalan Presiden BAM, Datuk V.Subramaniam menjelaskan peraturan ini telah lama wujud dalam badan induk itu, dan tidak pernah menjadi isu sebelum ini.

Perkara ini secara tiba-tiba mendapat perhatian umum beberapa sebelum Kejohanan Badminton Dunia membuka tirai Isnin depan selepas jurulatih perseorangan lelaki profesional, Wong Tat Meng mempersoalkan tindakan BAM melaksanakan peraturan tersebut sehingga dia dan anak buahnya, Lee Zii Jia rasa dibuli sekaligus tidak lagi berlatih di situ sejak pulang dari Terbuka Australia.

“Peraturan mengenai penggunaan pakaian yang berbeza dengan penajaan BAM oleh pemain profesional ketika berlatih di akademi ini bukanlah sesuatu yang baru.

“Pemain profesional yang sebelum ini dalam persiapan menghadapi kejohanan berpasukan besar biasa berlatih dengan kami telah pun mengikuti peraturan ini.

“Jadi amat mengejutkan sesetengah bekas pemain BAM memilih untuk membangkitkan isu ini sekarang,” jelas Subra dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan BAM hari ini.

Situasi kini semakin tegang apabila legenda negara, Datuk Lee Chong Wei tampil mempertahankan tindakan BAM mengenai peraturan ini dan menyifatkan bekas jaguh Asia itu sebagai pemain bermasalah namun sebahagian besar peminat Zii Jia gagal menerima hakikat ini.

BAM mula membuka dasar buka pintu buat pemain profesional sejak November tahun lalu dengan membenarkan mereka hadir ke ABM untuk berlatih sekurang-kurangnya dua minggu sekali, namun dasar ini hanya tertakluk kepada pemain perseorangan yang berada dalam kelompok 50 terbaik dunia, manakala untuk pemain beregu, mereka harus berada dalam kelompok 30 terbaik dunia.

“Sekirannya BAM gagal untuk menguatkuasakan peraturan ini, ia secara jelas akan menyebabkan badan induk melanggar kontrak sedia ada dan akan memberi kesan terhadap kewangan kami.

“Jika kantung kewangan BAM terkesan, ia akan memberi kesan untuk menampung pemain sedia ada di akademi ini.

“Kami hanya meminta para pemain profesional untuk memakai pakaian yang tidak menunjukkan jenama sukan mereka. Baju kosong tanpa sebarang jenama sukan bukanlah satu isu.

“Sebagai badan induk, ada menjadi tanggungjawab kami untuk menjadikan sukan ini lebih terkenal. Kami sering menganggap barisan pemain profesional adalah sebahagian daripada keluarga badminton kami, sebab itu kami mengambil keputusan untuk membuka pintu buat mereka berlatih di ABM setiap minggu, yang akan memberikan latihan yang lebih berkualiti.

“Jadi, ia adalah sesuatu yang mengarut untuk mengatakan kami sengaja menyukarkan hidup mereka,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya