Konflik Misbun, BAM akan berakhir positif - Kamal

Konflik Misbun, BAM akan berakhir positif – Kamal

Nor Kamal Ahmad hadir di ABM semalam untuk menyerahkan surat Misbun Sidek.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan sama ada bekas pengendali remaja negara, Datuk Misbun Sidek akan kembali berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan diketahui dalam masa terdekat.

Misbun, 63, menyerahkan surat balas kepada BAM semalam menerusi pembantu peribadinya, Nor Kamal Ahmad.

Kamal hadir seorang diri kira-kira pukul 2 petang semalam di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara untuk menyerahkan surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ABM, Michelle Chai.

Bagaimanapun beliau ti­dak dapat mendedahkan isi kandungan surat berkenaan, dengan menyerahkan kepada BAM untuk membuat pengumuman rasmi.

Kata Kamal, Misbun mungkin meletakkan syarat tambahan untuk kembali menjawat jawatannya selepas ditamatkan kontrak 27 Julai lalu.

MISBUN SIDEK

“Saya dimaklumkan oleh Datuk Misbun sendiri untuk sampaikan surat balas kepada Tan Sri menerusi BAM.

“Jadi keputusan tu saya tak boleh nak maklumkan, biar BAM maklumkan, saya tidak boleh nak mendahului BAM.

“Kalau saya, bayangan positif tu mungkin ada untuk kedua-dua pihak tapi positif yang macam mana tidak tahu.

“Mungkin positif kedua-dua belah pihak baik Datuk atau Tan Sri (Mohamad Norza Zakaria, Presiden BAM) tapi positif yang bagaimana bergantung kepada penerimaan yang diberikan kepada datuk, maksud saya sebegitu,” jelas Kamal.

Tambah Kamal, biarpun tidak lagi bersama BAM, Misbun masih berhubung dengan beberapa orang bekas anak buahnya untuk mengetahui perkembangan mereka menjelang Kejohanan Remaja Dunia di Washington, Amerika Syarikat September depan.

Michelle yang ditemui pemberita pula menjelaskan BAM hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas surat tersebut dibaca sendiri oleh Mohamad Norza Zakaria.

Difahamkan Norza ketika ini berada di luar negara atas urusan kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya