Klopp teruja mahu melihat potensi ‘wajah baharu’ Liverpool

Klopp teruja mahu melihat potensi ‘wajah baharu’ Liverpool

Alexis Mac Allister (kanan) dan Dominik Szoboszlai (tengah) muka baharu yang memperkuatkan bahagian tengah Liverpool untuk menghadapi musim 2023/2024. - IHSAN LIVERPOOL FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp teruja dengan wajah baharu Liverpool yang akan membuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea di Stamford Bridge hari ini.

Reds telah menandata­ngani pemenang Piala Dunia, Alexis Mac Allister (Argentina) dari Brighton pada harga 55 juta pound (RM320 juta) dan Dominik Szoboszlai (Hungary) dari RB Leipzig dengan 60 juta pound (RM349 juta).

Mereka juga semakin hampir membawa masuk bintang te­ngah berbakat Ecuador, Moises Caicedo selepas tawaran rekod Britain, 110 juta pound (RM641 juta) diterima oleh Brighton.

Pembelian besar itu dibuat selepas sekumpulan pemain meninggalkan Anfield, terma­suk kapten Jordan Henderson, Fabinho, James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain, Naby Keita dan Roberto Firmino.

JURGEN KLOPP

“Kami akan bermula semula dengan kemasukkan pemain-pemain baharu, ia perkara yang mengujakan.

“Peminat mahu perubahan kerana kami sudah lama bersama. Adakah ia berlaku pada masa yang betul? Itu sukar untuk dijawab.

“Bagaimanapun ia ia telah berlaku sekarang dan itu bagus.

“Kami mempunyai kumpulan kepimpinan baharu. Ada pemain bukan dari kelompok ini juga menawarkan banyak perkara bagus, mereka menakjubkan.

“Cody (Gakpo) hebat, Dom (Szoboszlai) baru 23 tahun adalah kapten Hungary, manakala Macca (Mac Allister) cemerlang,” kata Klopp.

Liverpool mengharungi kempen sukar musim lalu apabila terlepas tiket Liga Juara-Juara buat kali pertama di bawah bimbingan Klopp selepas menamatkan saingan di tangga kelima. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya