Kejohanan Skuasy Kebangsaan tanpa kelibat juara bertahan

Kejohanan Skuasy Kebangsaan tanpa kelibat juara bertahan

G EAIN YOW dan S. Sivasangari mengambil keputusan tidak menyertai Kejohanan Skuasy Kebangsaan edisi ke-38 yang bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejohanan Skuasy Kebangsaan ke-38 yang bermula hari ini berlangsung tanpa kelibat beberapa pemain utama seperti Ng Eain Yow, S. Sivasangari dan Aifa Azman.

Juara edisi lalu, Eain Yow dan Sivasangari yang berpangkalan di luar negara membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada Sukan Asia di Hangzhou, China, September ini.

Aifa pula menarik diri pada saat akhir selepas pemain No. 29 dunia itu ditimpa kecederaan lutut sewaktu menjalani latihan.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam mengesahkan bahawa naib juara edisi ke-37 itu tidak akan menyertai kejohanan tersebut bagi mengelak kecederaan yang dialaminya melarat.

“Kita membuat keputusan untuk merehatkan Aifa kerana bimbang kecederaan yang dialami bertambah serius dan keputusan ini baru sahaja kita buat,” katanya pada sidang akhbar pengumuman penajaan West Coast Expressway (WCE) bagi Kejohanan Skuasy Kebangsaan ke-38 di sini hari ini.

S. MANIAM (kiri), Gerard Monteiro (tiga, kiri) dan Lyndon Alfred Felix (tiga, kanan) pada majlis pengumuman penajaan WCE di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. – IHSAN SRAM

Turut hadir pada majlis itu, Presiden SRAM, Gerard Monteiro dan Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix.

Selain kejohanan kebangsaan, WCE turut menaja empat kejohanan domestik iaitu Liga Skuasy SRAM, Masters, Skuasy57 dan Jumbo Doubles.

Sementara itu, Monteiro ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan beberapa pemain utama menjelaskan, tanpa kelibat Eain Yow, Sivasangari mahupun Aifa, kejohanan kebangsaan tetap akan berjalan seperti biasa dengan membuka peluang kepada pemain muda untuk menyerlah.

“Saya takkan cakap negatif, walaupun ketiadaan pemain utama, kita masih ada beberapa nama pemain kebangsaan seperti Ivan Yuen, Syafiq (Kamal) dan Muhammad Addeen (Idrakie Bahtiar) untuk saingan lelaki.

“Bagi aksi wanita pula, Rachel (Arnold), Aira (Azman) dan Noor Ainaa Amani (Ampandi) telahpun mengesahkan akan mencabar kejuaraan kali ini,” ujarnya.

Kejohanan Skuasy Kebangsaan yang diadakan sehingga 6 Ogos ini di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM32,000 untuk semua ketegori. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya