Jurugambar Utusan menang Anugerah SAM-100Plus 2022

Jurugambar Utusan menang Anugerah SAM-100Plus 2022

AMIR Khalid (kiri) menerima anugerah Foto Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 PLUS 2022 daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh malam tadi. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Media Mulia Sdn. Bhd. menerima pengiktirafan apabila jurufoto, Amir Khalid memenangi Anugerah Foto Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 PLUS 2022 pada majlis yang diadakan di sini malam tadi.

Amir, 30, menewaskan empat calon akhir kategori Foto Terbaik menerusi foto acara renang temasya Sukan Malaysia (Sukma) Para 2022 untuk membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai RM3,000.

Wartawan  Utusan Malaysia, Adam Zamri Abdul Karim turut tersenarai dalam lima pencalonan akhir bagi kategori Laporan Khas Terbaik.

Dua wartawan Kosmo!, Muhammad Zuhaily Badlishah dan Muhammad Riduan Mohd. Hanafiah turut cemerlang apabila tersenarai dalam lima calon akhir bagi kategori Ulasan Sukan Terbaik dengan tajuk Bola Sepak Wanita, Bila Pula Giliran Malaysia? dan Laporan Berita Terbaik (Jangan Bersara).

ementara itu, jaguh bina badan negara, Datuk Mohd. Syarul Azman Mahen memenangi Anugerah Atlet Terbaik SAM-100 PLUS 2022 yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Syarul yang mesra disapa dengan gelaran Mike, berjaya menewaskan empat calon lain iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Lim Kok Leong (snuker), Muhammad Aniq Kasdan (angkat berat) dan Ng Joe Ee (gimrama).

Ia sekali gus meletakkan namanya sebagai atlet kedua daripada sukan bina badan menerima anugerah itu selepas Sazali Samad melakukannya pada 2013.

“Anugerah pertama sejak mewakili negara pada 2009. Saya sudah meraih banyak gelaran antarabangsa antaranya muncul juara dunia dan Asia sebanyak lima kali.

“Namun (saya) tak pernah (meraih anugerah) walaupun dicalonkan. Saya gembira dengan kejayaan ini,” katanya pada majlis anugerah yang diadakan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya sebentar tadi.

Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou muncul Atlet Para Terbaik 2022, menewaskan empat calon iaitu Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Carmen Lim (renang), Brenda Anellia Larry (renang) dan Nani Shahiera Zawawi (olahraga). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya