Jepun tumpaskan skuad hoki 5's wanita negara 4-2

Jepun tumpaskan skuad hoki 5’s wanita negara 4-2

Pasukan Hoki 5s Wanita negara cuba mengekang asakan pemain Jepun dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan Elit, Kejohanan Hoki 5’s Piala Asia 2023 (Wanita) di Salalah hari ini. (FOTO: Persekutuan Hoki Asia)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALALAH: Hasrat skuad hoki 5 sepasukan wanita negara untuk meraih kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan Elit di Kejohanan Piala Asia 2023 tidak kesampaian apabila tumpas 2-4 di tangan Jepun hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Padang Hoki Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman menyaksikan Malaysia ketinggalan seawal minit pertama menerusi jaringan Risa Nakasechi.

Bagaimanapun Malaysia bangkit menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Zafirah Aziz.

Zafirah terus meletakkan Malaysia di hadapan sekali lagi menggegar gawang Jepun pada minit ke-10.

Bagaimanapun momentum itu tidak dapat diteruskan pada babak kedua apabila Jepun mengganas menerusi Koko Koda.

Pemain berusia 38 tahun itu memainkan peranan penting apabila meledak tiga gol dalam tempoh lima minit sekaligus memberikan skuad Jepun kemenangan pertama dalam saingan ini.

Malaysia pula terpaksa mengharungi perlawanan ‘crossover’ esok menentang Hong Kong yang menjuarai peringkat kumpulan ‘challenger’ untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya