Jalani tidak berminat jawatan Presiden BAM

Jalani tidak berminat jawatan Presiden BAM

JALANI Sidek (kanan) ketika menemani Misbun Sidek dalam sidang akhbar kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain beregu lelaki negara, Datuk Seri Jalani Sidek menjelaskan dia masih belum bersedia untuk mengisi tampuk kerusi presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas namanya turut dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Terdahulu presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan untuk melepaskan jawatannya pada hujung tahun ini, lebih awal daripada perancangan asal iaitu selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagi Jalani, dia merasakan usaha yang dilakukan Norza sebagai orang No. 1 BAM sukar ditandingi berdasarkan kemasukan penaja yang banyak dan penubuhan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, cuma keputusan semasa pemain negara sahaja tidak begitu konsisten.

“Saya tidak menidakkan apa yang netizen katakan, tetapi untuk saya menerajui satu persatuan besar ini banyak perkara yang harus diambil kira, kalau kelab mudah.

“Contohnya idea yang dilontarkan presiden, bukan semua ahli lembaga bersetuju.

“Buat masa sekarang saya lebih selesa ikut Datuk Misbun buat program pembangunan, untuk cari pemain di luar sana, kami ingin membantu mereka.

“Kalau untuk menerajui BAM, saya tahu saya berdiri di mana,” jelas Jalani dalam satu sidang media di ibukota kelmarin.

Jalani yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Barcelona 1992 bersama Rahman Sidek kini lebih banyak melakukan kerja-kerja pembangunan pemain bersama akademinya, Nusa Mahsuri.

Sehingga kini, calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan presiden BAM masih belum didedahkan secara rasmi oleh badan induk itu biarpun Norza menjelaskan sudah ada empat hingga lima orang calon yang akan menggantikannya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya