Jalani serah kepada Misbun untuk terima atau tolak tawaran BAM

Jalani serah kepada Misbun untuk terima atau tolak tawaran BAM

JALANI Sidek (kanan) ketika menemani Misbun Sidek dalam sidang akhbar kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sama ada bekas pengendali perseorangan remaja negara, Datuk Misbun Sidek sedia untuk kembali menjadi tenaga pengajar di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ataupun sebaliknya, jawapannya hanya ada di tangan pengendali berusia 63 tahun itu.

Misbun menerusi pengurus peribadinya, Nor Kamal Ahmad semalam telah memaklumkan bahawa dia menerima permohonan maaf rasmi yang dikemukakan Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi satu sidang media khas kelmarin bersama-sama tawaran untuk kembali menjawat jawatan jurulatih perseorangan remaja negara ke Kejohanan Remaja Dunia di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun adik Misbun, Datuk Seri Jalani Sidek merasakan abangnya mungkin berat hati untuk kembali meneruskan semula kerjanya bersama badan induk selepas berpisah buat kali ketiga.

Misbun kembali semula berkhidmat bersama badan induk itu pada 2017 selepas dipujuk bekas anak muridnya, Datuk Lee Chong Wei bagi mengembalikan semula kegemilangannya badminton Malaysia.

“Untuk Bun (Misbun) balik saya tidak nampak, itu daripada pandangan saya, sebab hatinya terguris cukup dalam. Anda tahu bukan Misbun bukanlah jenis orang yang suka melakukan sidang media, lebih baik dia pendam dan pergi sahaja.

“Tetapi mungkin, kita tidak tahu dia dan Tan Sri Norza berjumpa untuk berbincang daripada hati ke hati, itu kita tidak tahu,” jelas Jalani ketika dihubungi media semalam.

Terdahulu, para petugas media berkampung di hadapan kediaman Misbun semalam untuk mendapat maklum balas tawaran dikemukakan BAM, namun tiada kelibat jurulatih tersebut.

Begitupun Kamal tampil menjelaskan Misbun masih menanti surat rasmi tawaran daripada BAM sebelum membuat keputusan lanjut.

Misbun sebelum ini meluahkan rasa kecewanya setelah dikatakan bersetuju menamatkan kontrak bersama BAM, setelah kegagalan anak buahnya ketika Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta , Indonesia awal bulan lalu.

“Setakat ini, belum ada sebarang surat tawaran rasmi daripada BAM. Apabila sudah ada surat tawaran rasmi nanti, barulah Misbun akan mempertimbangkan dan buat keputusan.

“Beliau mahu lihat dulu apa isi kandungan dan perincian mengenai tawaran yang diberikan bam itu,” jelas Kamal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya