Jaga-jaga Zii Jia, Tze Yong semakin mengejar

Jaga-jaga Zii Jia, Tze Yong semakin mengejar

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun perjalanan Ng Tze Yong pada Terbuka Australia dihentikan rakan se­negara, Lee Zii Jia di suku akhir semalam, namun dia membuktikan semakin hampir menempatkan diri dalam kelompok terbaik dunia.

Perlawanan semalam yang dicanang sebagai pertembu­ngan ‘panas’ untuk menentukan siapa perseorangan lelaki terbaik Malaysia akhirnya memihak Zii Jia 17-21, 26-24, 21-19.

Begitupun bekas juara All England dan Asia itu dipaksa berhempas pulas dalam pertarungan satu jam, 33 minit sebelum menang.

Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-21 dunia boleh mendabik dada apabila bukan sahaja sudah mampu memberi cabaran kepada barisan pemain elit dunia, malah menumbangkan beberapa nama besar.

Tahun ini sahaja, nama besar yang tumbang di tangan Tze Yong adalah pemain No. 1 dunia, Viktor Axelsen, juara dunia 2021, Loh Kean Yew, Angus Ng Ka Long (No. 16 dunia), Chou Tien Chen (No. 10 dunia) serta Kanta Tsuneyama dan Jonatan Christie di Terbuka Australia kali ini.

“Perlawanan yang cukup bagus, pujian harus diberikan kepada kedua-dua pemain. Perbezaan antara mereka Zii Jia lebih berpe­ngalaman dan berani dalam situasi genting.

“Kami akan terus berusaha meningkatkan lagi aspek sebegini dalam permainan Tze Yong,” jelas jurulatih perseora­ngan negara, Datuk Tey Seu Bock.

Seandainya Tze Yong mampu meneruskan momentum, tidak mustahil dia mampu untuk me­mintas Zii Jia selaku perseora­ngan utama negara.
Zii jia yang berjaya meneruskan kemaraan bakal menentang pemain China, Weng Hong Yang di separuh akhir hari ini.

Rekod pertemuan mereka seimbang apabila masing-ma­sing pernah menang dua pertemuan sebelum ini, dengan Hong Yang baru sahaja menewaskan Zii Jia ketika di Terbuka Singapura, Jun lalu.

Kematangan dan peningkatan mendadak ditampilkan Tze Yong turut membawa kelegaan buat kem badminton negara dalam menghadapi saingan berpasukan, dengan yang paling hampir adalah Sukan Asia Hangzhou September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya