Hoki lelaki terima undian mudah di Sukan Asia

Hoki lelaki terima undian mudah di Sukan Asia

SKUAD hoki negara diundi dalam Kumpulan B bersama Korea, China, Oman, Thailand dan Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menerima laluan ‘lebih nyaman’ dalam misi memburu pingat emas hoki lelaki pada Sukan Asia Hangzhou, bulan depan.

Skuad bimbingan Arul Selvaraj diundi dalam Kumpulan B bersama pencabar utama, Korea Selatan, selain China, Indonesia dan Oman.

Malaysia dan Korea Selatan dianggap pilihan utama untuk muncul dua pasukan teratas kumpulan, sekali gus mengesahkan tiket ke separuh akhir.

“Seperti dijangka kita akan berada di dalam Kumpulan B bersama Korea, China dan lain lain. Ia ditentukan oleh kedudukan di ranking Dunia.

“Kita akan ambik pendekatan satu demi satu perlawanan. Sasaran awal adalah untuk berada di dua tangga teratas kumpulan untuk layak ke separuh akhir.

“Kalau kita tengok, cabaran utama kita adalah Korea dan China. Manakala Thailand, Oman dan Indonesia boleh menjadi pengacau kepada Malaysia, Korea dan China,” kata pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi.

Sementara itu, India yang berada pada ranking keempat dunia diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Jepun, Pakistan, Bangladesh, Singapura dan Uzbekistan.

Saingan wanita pula menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara 2018, India, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura.

Kumpulan B pula membariskan juara bertahan, Jepun, China, Thailand, Kazakhstan dan Indonesia. Pemenang pingat emas Sukan Asia akan mendapat slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya