Harimau Malaya tiada penyerang tulen

Harimau Malaya tiada penyerang tulen

KIM Pan Gon berdepan kesukaran memilih penyerang tulen untuk memperkuatkan cabaran Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keghairahan kebanyakan kelab Liga Malaysia (Liga M) menggunakan penyerang import menyebabkan Harimau Malaya berdepan masalah memilih penggempur utama bagi menghadapi saingan antarabangsa.

Lebih memburukkan keadaan, keba­nyakan pasukan Liga MFL, iaitu ­saingan pembangunan bawah 23 tahun juga ghairah menggunakan pemain import kerana terlalu mengejar kemenangan, kata bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Azraai Khor Abdullah.

Dengan lima pemain import menge­tuai senarai penja­ring terbanyak Liga Super, ia menyerlahkan ketandusan yang dihadapi Malaysia, situasi yang meme­ningkan Ketua Jurulatih Harimau ­Malaya, Kim Pan Gon.

Berdasarkan senarai penjaring Liga Super, lima kedudukan teratas dikuasai semua pemain luar diketuai pe­nyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Fo­restieri dengan 17 gol, diikuti bintang Selangor FC, Ayron Del Valle dengan 15 Gol.

Penyerang tempatan yang berada di kedudukan ter­tinggi ialah Faisal Halim di tempat keenam dengan lapan gol, manakala pemain natura­lisasi, Paulo Josue yang beraksi buat Kuala Lumpur City ke-10 ­dengan tujuh gol.

“Kalau kita tengok, boleh kata 90 peratus pasukan dalam Liga Malaysia guna penyerang import, jadi daripada mana nak ada pemain tempatan di bahagian serangan.

“Semua pemilik pasukan ghairah nak menang sampai liga bawah 23 tahun pun hantar ­penyerang import bermain,” kata Azraai kepada Utusan ­Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya