Hamilton didatangi tawaran Ferrari, McLaren

Hamilton didatangi tawaran Ferrari, McLaren

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua pasukan Formula Satu (F1), Ferrari dan Mc­Laren dilaporkan telah mendatangi juara dunia ­tujuh kali, Lewis Hamilton bagi mendapatkan khidmatnya.

Pemandu Bri­tain itu ba­gaimanapun masih dalam proses rundingan dengan Merce­des bagi menandata­ngani kontrak lanjutan.

Hamilton, 38, sebelum ini menegaskan, dia mahu kekal bersama Mercedes untuk musim 2024 dan seterusnya.

Prinsipal pasukan, Toto Wolff pula berkata, perjanjian baharu hampir ditandatangani dengan hanya butiran kecil perlu diselesaikan.

Biarpun sering menegaskan mereka akan terus be­kerjasama, namun kedua-dua pihak terus gagal membuat pengesahan rasmi hingga membuka kepada pelbagai spekulasi.

Minggu lalu, wartawan F1 Itali, Leo Turrini mendakwa, Presiden Ferrari, John ­Elkann telah ber­temu Ha­milton secara peribadi untuk mengemukakan tawaran.

Hamilton dikatakan menolak tawaran itu secara ‘sopan’.

Majalah automotif Jerman, Auto Motor und Sport menganggap tindakan Hamilton menolak Ferrari adalah ‘bijak’.

“Saya juga fikir Hamilton agak bijak.

“Dia tahu betul, walaupun mereka membayarnya dua kali ganda di Maranello (Ferrari), keadaan tidak akan menjadi lebih baik di sana. Ferrari tidak mendahului Mercedes sebagai sebuah kereta.

“Dan setiap masalah di Mercedes akan berganda di Ferrari kerana ia lebih menjadi perhatian,” tulis Michael Schmidt dalam Auto Motor und Sport. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya