Haaland mulakan musim baharu dengan 'ganas'

Haaland mulakan musim baharu dengan ‘ganas’

ERLING Haaland (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Manchester City membenam Burnley. - Ihsan MANCHESTER CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURNLEY: Selepas menutup kempen 2022/2023 selaku penjaring terbanyak, Erling Haaland terus mempamerkan bisa sebaik sahaja memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris apabila meledak sua gal untuk membantu Manchester City membenam Burnley 3-0 awal pagi tadi.

Haaland yang melesak 52 gol dalam musim pertamanya bersama City musim lalu bersedia ‘mengganas’ lagi.

Dia yang menjadi pencetus kejayaan skuad kendalian Pep Guardiola dengan menjuarai treble Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA musim lalu dijangka terus menjadi taruhan pasukan di bahagian depan.

Bintang Norway berusia 23 tahun itu hanya memerlukan tiga minit untuk membuka akaun jaringannya musim ini selepas menyambut umpanan Rodri di depan gawang.

Dia sekali lagi menunjukkan bisa dengan meledak gol kedua sebelum berakhirnya babak pertama, dan Rodri melengkapkan kemenangan penuh bergaya City menerusi jaringan di minit ke-75.

Begitupun, kejayaan mengutip tiga mata itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila ketua pasukan City, Kevin de Bruyne ditimpa kecederaan.

Kecederaan itu menghadirkan kebimbangan kerana De Bruyne baru saja pulih daripada kecederaan hamstring yang dialaminya ketika final Liga Juara-Juara sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya