Gol minit ke-89 bawa Sepanyol ke final Piala Dunia Wanita

Gol minit ke-89 bawa Sepanyol ke final Piala Dunia Wanita

PEMAIN Sepanyol meraikan kejayaan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita selepas menumpaskan Sweden pada separuh akhir di Eden Park, Auckland hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND, New Zealand: Rembatan jarak jauh Olga Carmona pada minit ke-89 membantu Sepanyol menumpaskan Sweden 2-1, sebentar tadi untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita buat kali pertama dalam sejarah.

Kemenangan mendebarkan Sepanyol di depan 43,217 penonton di Eden Park bakal menemukan mereka dengan pemenang di antara Australia atau England yang akan berentap dalam satu lagi separuh akhir esok.

Kesemua tiga jaringan dihasilkan di hujung permainan, dengan Salma Paralluelo yang menjadi wira La Roja ketika menyingkirkan Belanda di suku akhir memecahkan kebuntuan dengan meledak gol pembukaan Sepanyol pada minit ke-81.

Rebecka Blomqvist menghidupkan harapan Sweden dengan meledak gol penyamaan pada minit ke-88 sebelum kapten Sepanyol, Carmona memastikan permainan tidak perlu diheret ke masa tambahan apabila meledak gol kemenangan, 60 saat kemudian.

 

AKSI pemain Sweden (kuning) menentang Sepanyol.

“Kami amat berbangga dengan segala yang telah kami lakukan dan untuk mara ke final kerana kini kami hanya selangkah lagi daripada kejayaan,” kata Paralluelo.

Ia adapan pencapaian luar biasa bagi negara yang tidak pernah melepasi pusingan 16 terakhir Piala Dunia Wanita, dan bagi pasukan yang bercelaru dalam beberapa bulan sebelum kejohanan.

Setahun lalu, 15 pemain Sepanyol memberitahu persekutuan bola sepak mereka agar tidak dipertimbangkan untuk pemilihan, terutama kerana tidak berpuas hati dengan jurulatih Jorge Vilda, dan hanya tiga daripada mereka kembali untuk Piala Dunia ini.

Bagi Sweden, mereka masih gagal memperbaiki pencapaian naib juara yang dilakukan pada 2003.

PENYERANG Sepanyol, Mariona Caldentey (kiri) memujuk pemain Sweden, Fridolina Rolfo. – AFP 

Skuad kendalian Peter Gerhardsson itu juga tewas dalam perlawanan empat terakhir Kejohanan Eropah tahun lalu, selain tumpas kepada Kanada dalam perebutan pingat emas Sukan Olimpik 2021 di Tokyo.

“Semua orang sedih dan kecewa. Kami menentang Sepanyol yang sangat hebat dan mereka memberi lebih banyak kesukaran kepada kami berbanding Jepun,” kata Gerhardsson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya