Goh Liu Ying selamat lahirkan 'bayi merdeka'

Goh Liu Ying selamat lahirkan ‘bayi merdeka’

GOH Liu Ying berkongsi kelahiran cahaya mata pertamanya pada sambutan Hari Kebangsaan. - FACEBOOK GOH LIU YING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain beregu campuran badminton negara, Goh Liu Ying selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada sambutan Hari Kebangsaan ke-66 hari ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu berkongsi berita gembira tersebut bersama 762,000 pengikutnya di Facebook sebentar tadi.

Biarpun tidak mendedahkan jantina anaknya, Liu Ying berkata, kelahiran bayi tersebut di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur itu cukup istimewa sambil menggelarnya sebagai ‘Bayi Merdeka’.

“Selamat datang ke dunia bayiku. Bayi merdeka. Saya Anak Malaysia,” tulis Liu Ying.

Liu Ying, 34, sebelum ini mengumumkan kehamilan di laman sosialnya menerusi beberapa keping foto cincin dan tangan berbentuk hati di bahagian perut bersama pasangannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya