Gavin kecewa tiada pemain golf ke Sukan Asia

Gavin kecewa tiada pemain golf ke Sukan Asia

GAVIN Green merupakan antara pemain yang pernah bergelar juara di Kejohanan Amatur Saujana (SAC).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf No. 1 negara, Gavin Green kecewa dengan keputusan jawatankuasa pemilihan Sukan Asia untuk tidak menghantar pemain golf beraksi di temasya Hangzhou di China bulan depan.

Gavin berkata, biarpun gagal memenuhi kriteria yang telah ditetapkan iaitu lapan terbaik Asia, jawatankuasa pemilihan tersebut seharusnya menghantar sekurang-kurangnya dua pemain ke Sukan Asia yang dijadual berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober itu.

Sebelum ini, jawatankuasa pemilihan Sukan Asia terdiri daripada wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menetapkan Malaysia akan menghantar pemain yang berada di kedudukan lapan terbaik Asia.

Olimpian negara yang meng­huni ranking ke-199 dunia itu berkata, pendedahan dan pe­ngalaman pemain amatur di peringkat tinggi itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Saya rasa ia agak menyedihkan dan mengecewakan kerana ketika saya berstatus amatur, kami dihantar ke merata tempat.

“Bagaimanakah anda akan membiarkan pemain bertambah baik jika anda tidak menghantar mana-mana pemain golf (ke Sukan Asia)?

“Penyertaan pasukan di temasya besar perlu dilihat sebagai satu pelaburan untuk pemain menimba pengalaman dan menggilap bakat dan kemahiran supaya menjadi lebih baik.

“Saya ingin bermain tetapi sibuk (dengan jadual kejohanan profesional).

“Jadi, sesiapa sahaja pemain terbaik yang tersedia berdasarkan ranking dunia harus dihantar (menyertai Sukan Asia Hangzhou),” kata Gavin ketika ditemui selepas muncul juara Piala Corolla Cross 2023 di Kelab Golf Palm Garden di Putrajaya kelmarin.

Kejayaan itu menyaksikan Gavin menamatkan kemarau kejuaraan di laman sendiri dalam tempoh 18 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya