England mahu tamatkan kemarau 57 tahun

England mahu tamatkan kemarau 57 tahun

PEMAIN England melakukan persiapan akhir di Stadium Central Coast, Gosford, Australia semalam menjelang pertemuan menentang Sepanyol dalam final Piala Dunia Wanita di Sydney hari ini. – IHSAN ENGLAND FOOTBALL TEAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: England yang bersatu di belakang jurulatih, Sarina Wiegman menjadi pilihan untuk merangkul Piala Dunia Wanita 2023, sekali gus menghadiahkan trofi terbesar dalam sejarah bola sepak negara itu sejak 57 tahun.

Sudah pun memahat sejarah memenangi gelaran Eropah pertama tahun lalu, The Lionesses memburu satu lagi kejayaan sensasi apabila berdepan Sepa­nyol di pentas akhir hari ini.

Ini kali pertama skuad bola sepak England – lelaki atau wanita melangkah ke final Piala Dunia sejak 1966, iaitu tahun di mana negara itu muncul juara dunia lelaki.

Ketika kem England cukup bersemangat, Sepanyol pula mengejutkan banyak pihak apabila masih mampu ke final dalam suasana tidak harmoni.

PASUKAN Sepanyol perlu mengetepikan persengketaan untuk memburu kejuaraan.

Pada September 2022, 15 pemain senior negara itu menghantar emel secara bersaingan kepada Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RSFF) meminta agar tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan sebagai bantahan terhadap barisan kejurulatihan diketuai Jorge Vilda.

Vilda dan pasukannya didakwa menimbulkan suasana toksik, malah pemain diarah tidak mengunci bilik tidur mereka agar pemeriksaan mengejut boleh dilakukan pada tengah malam.

Bintang La Roja, Alexia Putellas, Jennifer Hermoso dan kapten, Irene Paredes menyokong tindakan itu biarpun berada dalam skuad ke Piala Dunia.

Pada separuh akhir menentang Sweden, Putellas dilihat menepis tangan Vilda ketika dikeluarkan pada minit ke-57.

Suasana dingin di bilik persalinan mendorong Vicente Del Bosque, jurulatih yang membawa skuad lelaki Sepanyol muncul juara dunia 2010 dan Eropah 2012 merayu semua agar mengetepikan persengketaan.

ALEXIA Putellas pemain berpengaruh dalam skuad La Roja dengan memiliki dua anugerah Ballon d’Or.

“Jika ada suasana buruk dalam bilik persalinan, ia tidak bagus…Apabila kita dekat dengan kejayaan amat penting untuk mempunyai suasana baik,” katanya.

Sementara itu bagi Wiegman, fokusnya kini adalah menaikkan semangat pemain, malah sehari sebelum perlawanan dia mengesahkan komitmen terhadap England di sebalik usaha Amerika Syarikat (AS) meman­cing khidmatnya.

“Sejak mula bekerja pada September, 2021 saya sudah dapat merasakan betapa ter­desaknya kita untuk memenangi perlawanan akhir, semua orang termasuk pemain sering bercakap tentang perkara itu.

“Bagi mendapatkan hasil, berhenti bercakap banyak. Semua orang bercakap tentang 1966, jadi mari kita menjadi yang terbaik pada Ahad dan cuba meraih kejayaan,” kata ­jurulatih kelahiran Belanda itu.

Persatuan Bola Sepak England (FA) mengesahkan mereka merancang membina tugu skuad wanita England di Stadium Wembley. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya