Damok harap tuah anak di Silverstone

Damok harap tuah anak di Silverstone

SYARIFUDDIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman berharap kelahiran cahaya matanya, baru-baru ini, dapat menghadirkan magis di dalam kariernya yang akan kembali beraksi pada Kejuaraan Motosikal Dunia selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Pelumba yang bernaung di bawah pasukan MT Helmets-Msi itu akan kembali beraksi pada Grand Prix (GP) Motosikal Britain di Silverstone pada 4-6 Ogos ini.

Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Damok berkata, dia kini sudah sembuh sepenuhnya dan tidak sabar untuk kembali memacu jentera pada perlumbaan di Silverstone.

“Saya harap dengan kelahiran cahaya mata pertama saya ini, saya dapat satu magik untuk raih mata lebih banyak lagi.

“Saya memang tak sabar untuk berlumba selepas pulih daripada kecederaan, keadaan saya sekarang sudah cergas sepenuhnya dan sudah 100 peratus bersedia untuk berlumba,” katanya sebelum terbang ke Sepanyol, kelmarin.

DAMOK bersama anak sulungnya dan isteri di sebuah hospital swasta, baru-baru ini. – IHSAN DAMOK

Damok yang ditimpa kecederaan tulang rusuk sewaktu sesi latihan bebas di Mugello, Itali, Jun lalu, terlepas tiga perlumbaan termasuk GP Itali, GP Jerman dan GP Belanda sebelum musim berehat selama sebulan.

Dia kemudian pulang ke tanah air bagi menjalani pemulihan dan dalam tempoh rehat tersebut isteri Damok, Wan Hurool Ain selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 22 Julai lalu.

Menurut Damok, dia kini amat berharap rakan sepasukannya, Diego Moreira yang pernah berada di petak pertama dalam saingan di Silverstone dapat membantunya merebut kedudukan kelompok hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya