Catat 10.24s, Azeem layak ke pusingan pertama Kejohanan Dunia

Catat 10.24s, Azeem layak ke pusingan pertama Kejohanan Dunia

MUHAMAMD Azeem Fahmi (tengah) berlari meninggalkan Brandon Jones dari Belize (kanan) dan pelari Nepal, Aayush Kunwar dalam perlumbaan 100 meter pada Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Azeem Fahmi ‘lulus’ ujian pertamanya dalam Kejohanan Olahraga Dunia apabila mencatat masa terpantas pada saingan kedua, pusingan kelayakan 100 meter (m) di Budapest, Hungary hari ini.

Catatan masa 10.24 saat (s) yang dilakukan pelari remaja negara itu memadai untuk membawanya ke pusingan pertama yang akan berlangsung pada awal pagi nanti (1.40 pagi waktu Malaysia).

Tujuh pelari lain dalam perlumbaan tersebut nyata bukan saingan Azeem apabila pencabar terdekatnya, Brandon Jones dari Belize hanya mencatat 10.94 (s) untuk turut melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Memandangkan Azeem, 19, beraksi atas tiket wildcard (jemputan), dia perlu mengharungi pusingan kelayakan awal. Hanya 10 pelari terbaik dari pusingan kelayakan layak ke peringkat seterusnya

Daripada 26 pelumba yang bertanding di peringkat kelayakan, catatan masa Azeem, yang merupakan pelari termuda peringkat kalayakan adalah yang terpantas.

Dia meninggalkan Emanuel Archibald dari Guyana di tempat kedua dengan 10.27s, manakala Ebrahima Camara dari Gambia ketiga (10.32s).

Masa yang dilakukan Azeem sebentar tadi jauh daripada catatan peribadi terbaiknya yang juga rekod kebangsaan, 10.09s yang dilakukan pada Kejohanan Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun lalu.

Catatan masa terbaik Azeem musim ini pula adalah 10.11s yang dilakukan di Los Angeles, Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya