Bonnie pecah rekod dunia lagi

Bonnie pecah rekod dunia lagi

BONNIE BUNYAU GUSTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin  bukan sahaja gah mempertahan kejuaraan Powerlifting Dunia, malah memecah rekod dunia acara 72 kilogram (kg) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Bonnie, 24, melakukan angkatan 231kg, jauh meninggalkan pencabar lain untuk mendominasi kategori bawah 72kg.

Pingat perak milik peserta Itali, Donato Telesca yang melakukan angkatan sebanyak 203kg, sementara peserta Uzbekistan, Bekzod Jamilov meraih pingat gangsa dengan angkatan sebanyak 200kg.

Lebih manis, dia berjaya memperbaharui rekod dunia miliknya sebelum ini iaitu 230kg yang dilakar ketika Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai pada Jun 2021.

Ini gelaran juara dunianya yang ketiga selepas menang buat kali pertama pada  2019 di Kazakhstan dalam acara bawah 65kg, disusuli 2021 di Georgia yang menyaksikan dia beralih ke kategori bawah 72kg.

“Saya gembira apabila dapat mengekalkan status sebagai juara dunia dan lebih baik lagi apabila mencipta rekod dunia baharu di kejohanan ini,” jelas Bonnie. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya