Bintang UFC China trauma dirompak lelaki bersenjata

Bintang UFC China trauma dirompak lelaki bersenjata

SONG YADONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALLEJO, CALIFORNIA: Bintang tempur China, Song Yadong mendedahkan disamun empat lelaki bersenjata di sebuah stesen minyak di Tennessee Street, Vallejo kelmarin.

Yadong, 25, yang bertarung dalam Ultimate Fighting Championship (UFC) dan terkenal dengan julukan The Kungfu Monkey mengakui, sehingga hari ni dia masih trauma de­ngan apa yang berlaku.

“Buat pertama kali dalam hidup, saya berdepan situasi ini.

“Malam tadi, saya dan rakan saya memandu pulang ke Sacramento dari San Francisco. Dalam perjalanan pulang, kami telah dirompak oleh empat lelaki kulit hitam yang bersenjata api.

“Apabila tiba, empat orang kulit hitam yang merompak kami sudah berada di sana. Mereka tidak mengikuti kami tetapi mereka sedang menunggu mangsa,” kata petarung ka­tegori bantamweight itu semalam.

Yadong yang kali terakhir bertarung pada April lalu berkata, selepas membeli air di stesen minyak, mereka didekati dan ditahan perompak bersenjata api serta diminta menyerahkan barang berharga.

“Kumpulan lelaki itu menyuruh saya menyerahkan wang, dompet, rantai leher dan memukul dengan pemegang pistol. Saya sedar, lebih baik mengikut arahan daripada melawan seseorang yang memiliki pistol.

“Kejadian berlaku pukul 2 pagi di stesen minyak di Tennessee Street di Vallejo. Semua pelaku memakai topeng,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya