Beregu lelaki negara langkah kanan di Terbuka Australia

Beregu lelaki negara langkah kanan di Terbuka Australia

AARON CHIA-SOH WOOI YIK – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Barisan pemain badminton negara memulakan kempen Kejohanan Terbuka Australia 2023 dengan cemerlang apabila berjaya melepasi halangan pusingan pertama yang berlangsung hari ini.

Aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Negeri, Sydney menyaksikan juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turun sebagai pilihan kedua kejohanan tidak menghadapi masalah untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah, Allen Fang-Michael Su dengan keputusan 21-5, 21-6.

Beregu profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula dipaksa bekerja keras berhadapan dengan pasangan Kanada, Dong Adam-Nyl Yakura sebelum mengesahkan laluan ke pusingan kedua dengan keputusan 20-22, 21-6, 21-14.

Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani juga tidak mengecewakan apabila mudah mengatasi pasangan Taiwan, Ming Che Lu-Tang Kai Wei dengan keputusan 21-15 21-14.

Hasrat untuk melihat Tee Kai Wun-Man Wei Chong menurut jejak langkah rakan senegara yang lain ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila tewas kepada Chiang Chien Wei-Wu Hsian Yi dari Taiwan, 18-21, 17-21.

Malang buat beregu wanita negara apabila cabaran mereka ditamatkan seawal pusingan pertama setelah dua wakil negara tewas kepada lawan masing-masing.

Pearly Tan-M.Thinaah terus dihantui kekecewaan apabila ditundukkan pasangan China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu yang merupakan pilihan ketiga kejohanan dengan keputusan 20-22, 21-17, 17-21.

Sementara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pula tewas kepada pasangan Singapura, in Yu Jia-Crystal Wong dengan keputusan 21-11, 18-21, 19-21.

Hanya seorang sahaja perseorangan lelaki negara turun beraksi pada hari ini, membabitkan Leong Jun Hao yang menempah tiket ke pusingan pertama setelah cemerlang harungi dua perlawanan di pusingan kelayakan.

Jun Hao menewaskan pemain tuan rumah, Pit Seng Low 21-15, 21-15 dan anak jati Kuala Lumpur ini meneruskan momentum dengan menundukkan seorang lagi pemain Australia, Ephraim Stephen Sam 21-13, 21-11.

Jun Hao bakal membuat perhitungan dengan rakan senegara, Lee Zii Jia di pusingan pertama esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya