Benam China 3-1, Malaysian Tigers ke separuh akhir ACT 2023

Benam Jepun 3-1, Malaysian Tigers ke separuh akhir ACT 2023

PEMAIN negara meraikan gol yang dijaringkan ketika menentang China di kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Malaysian Tigers kembali bangkit daripada kekalahan besar 0-5 kepada India kelmarin apabila berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Jepun sebentar tadi.

Kemenangan itu, sekali gus menyaksikan anak-anak buah A. Arulselvaraj menempah slot separuh akhir kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 lebih awal tanpa menunggu perlawananan terakhir.

Kemenangan ketiga daripada empat perlawanan yang sudah diharungi di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai itu, meletakkan seketika pasukan negara di kedudukan teratas sebelum dua lagi perlawanan berlangsung selepas ini.

Perlawanan seterusnya bagi saingan AHT 2023 membabitkan pertembungan Pakistan menentang China dan pendahulu saingan secara round robin, India berdepan Korea Selatan.

Dalam perlawanan menentang Jepun itu, skuad negara berjaya berada di depan pada minit ke-12 dalam separuh masa pertama menerusi pukulan sudut penalti yang diambil Najmi Farizal Jazlan

Bersambung babak kedua, Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Meor Azuan Meor Hasan dilayangkan kad kuning.

Malaysia memperkemaskan permainan selepas kemasukan Meor Azuan selepas tamat penggantungan lima minit dan hasilnya anak-anak buah Arulselvaraj berjaya meraih gol kedua.

Hantaran Fitri Saari ke dalam kotak penalti Jepun disambar Meor Azuan yang melakukan pukulan rendah sebelum dikuis masuk Asharan Hamsani pada minit ke-37.

Penyerang negara, Shello Silverius mengesahkan kemenangan Malaysia apabila menjaringkan gol padang pada hujung saingan dan Jepun juga berjaya meraih gol sagu hati selepas itu melalui Niwa Takuma.

Dalam perlawanan seterusnya pada Rabu ini, Malaysia akan menentang Korea Selatan bagi melengkapkan jadual liga sepusingan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN