MUNICH: Bayern Munich akan mengemukakan tawaran keempat dan mungkin terakhir untuk mendapatkan Harry Kane dengan sanggup membayar 95 juta pound (RM554 juta) kepada Tottenham.
Juara Bundesliga itu dimaklumkan, Kane yang akan tamat kontrak tahun depan keberatan meninggalkan kelab jika perpindahan gagal dimuktamadkan sebelum musim baharu Liga Perdana Perdana (EPL) membuka tirai, Sabtu ini.
Itu bermakna, Bayern mempunyai kurang dari 72 jam untuk mendapatkan tanda tangan penyerang berusia 30 tahun itu.
Tawaran terakhir Bayern sebelum ini iaitu 86 juta pound (RM502 juta) telah ditolak oleh pengerusi Tottenham, Daniel Levy, Isnin lalu, namun rundingan masih berterusan sejak itu.
Akhbar Daily Mail bulan lalu mendedahkan, Levy mahukan 120 juta pound (RM701 juta) untuk Kane, walaupun dia hanya mempunyai baki setahun kontrak.
Bagaimanapun, Spurs bersedia menerima bayaran hampir 100 juta pound (RM583 juta) bagi mengelak kehilangan Kane secara percuma pada musim panas depan.
Kini hanya sedikit sahaja proses untuk penilaian harga, bidaan itu akan menguji keazaman Levy untuk mengekalkan rekod penjaring gol sepanjang zaman di Spurs.
Penyokong Spurs melaungkan ‘kami mahu anda kekal’ ketika skuad bimbingan Ange Postecoglou itu beraksi dalam perlawanan pramusim menentang Barcelona semalam, yang menyaksikan mereka tumpas 2-4. – AGENSI