BAM nafi jadi pembuli besar kepada pemain profesional

BAM nafi jadi pembuli besar kepada pemain profesional

Michelle Chai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah pentadbiran Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Michelle Chai menafikan bahawa badan induk itu bersikap pembuli setelah wujud konflik membabitkan penggunaaan baju sukan berbeza jenama oleh barisan pemain profesional ketika sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Jelas Michella, polisi ini bukan menindas barisan pemain profesional, sebaliknya mereka hanya perlu mengelak pakaian yang berbeza dengan jenama yang menaja di BAM, dan perkara ini tidak tertakluk kepada raket serta kasut pemain itu sendiri.

Terdahulu, jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng meluahkan rasa tidak puas hati menerusi muat naik di laman media sosial peribadi dengan pendekatan BAM ini sehingga merasakan mereka dibuli oleh pihak lebih besar.

“Pemain, jurulatih dan pegawai bukan BAM bebas menggunakan raket dan kasut daripada jenama penaja mereka sendiri. Bagaimanapun, kami meminta agar mereka memastikan pakaian mereka bebas daripada jenama pesaing (di BAM).

“Prinsip yang sama digunakan apabila pemain hadir bersama-sama untuk acara berpasukan,”

“Sebagai badan induk, kami mempunyai tanggungjawab kepada pemain, jurulatih dan pegawai (baik BAM dan bukan BAM) serta kepada rakan kongsi kami yang dapat merealisasikan impian setiap pemain.

“Kami berharap pemain, jurulatih dan pegawai bukan BAM terus berlatih di ABM seperti yang dilakukan bersama-sama (Soong) Joo Ven, Cheam (June Wei) dan jurulatih Nova (Armada). Kami amat berterima kasih dan menghargainya kerana mereka memahaminya,” jelas Michelle.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya