BAM minta maaf, tawar tempat buat Misbun hingga kontrak tamat

BAM minta maaf, tawar tempat buat Misbun hingga kontrak tamat

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V,Subramaniam (dua dari kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memohon maaf kepada bekas pengendali perseorangan remaja negara, Datuk Misbun Sidek sambil menjelaskan wujud salah faham antara kedua-dua pihak.

Ia selepas pengendali berusia 63 tahun itu tampil meluahkan rasa kecewa selepas dia dipecat oleh BAM dan bukannya penamatan kontrak secara persetujuan bersama gara-gara kegagalan skuad remaja negara di Kejohanan Remaja Asia di Jogjakarta, Indonesia awal bulan lalu.

Presiden BAM, Tan Sri Mohammad Norza Zakaria mengakui beliau mempunyai hubungan yang istimewa dengan bekas pengendali negara itu, justeru menawarkan dua tawaran untuk kembali berbaik dengan Misbun.

Yang pertama, BAM mahu menawarkan semula tugasnya sebagai jurulatih perseorangan remaja negara sehingga tamat kontrak asal yang akan berakhir hujung tahun ini.

Yang kedua, sekiranya Misbun tidak berminat, BAM menerusi Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Datuk V.Subramaniam sedia untuk bertemunya bagi menyelesaikan kemelut ini agar tidak ada pihak rasa teraniaya.

“Kalau pada ketika itu (keputusan dibuat) dia tidak bersetuju, saya akan pergi berjumpanya sebab saya mempunyai hubungan yang istimewa dengannya. Saya tidak akan sesekali tidak menghormatinya sebagai seorang legenda.

“Tetapi kerana komunikasi yang berlaku ini, telah menyebabkan beliau selepas dua hari meluahkan rasa terkilan.

“Jika dia terkilan kerana proses komunikasi ini, saya minta maaf, bagi pihak saya dan BAM. Kerana bagi saya kita semua adalah satu keluarga yang besar, tidak ada gunanya semua perbalahan ini,” jelas Norza dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Dalam masa yang sama, Norza turut membuat pengumuman mengejutkan apabila bertindak untuk melepaskan jawatannya lebih awal iaitu pada penghujung tahun ini.

Sebelum ini, Norza telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan Presiden BAM selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos tahun hadapan ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis BAM pada bulan lalu.

“Saya pendekkan perletakkan jawatan saya, saya akan meletak jawatan pada penghujung tahun ini. Kita sudah pun jumpa beberapa calon dan saya akan bentangkan kepada Ahli Majlis untuk mereka memilih,” tambah Norza. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya