BAM kena berani terima kegagalan

BAM kena berani terima kegagalan

JALANI Sidek (kanan) ketika menemani Misbun Sidek dalam sidang akhbar kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek mengingatkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar ‘tidak baling batu sembunyi tangan’ apabila berdepan kegagalan.

Ia merujuk kepada pemecatan abangnya, Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan remaja kebangsaan, Jumaat lalu yang didakwa telah dijadikan ‘kambing hitam’ ekoran kegagalan skuad negara pada Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia bulan lalu.

Baginya BAM perlu berani menerima kritikan dan memikul tanggungjawab bersama apabila pemain negara gagal mencapai keputusan dimahukan ketika menyertai kejohanan.

“Secara jujur, kita sekarang hanya banyak kuantiti tetapi kualiti kurang. Itu saya cakap kepada Misbun, (persatuan) sepatutnya bantulah jika ada seorang daripada lima pemain yang mampu bermain baik.

“Bagaimanapun, apa yang saya dengar adalah orang cakap Misbun berat sebelah, hanya jaga satu pemain. Apa salahnya jika yang lain bantu seorang pemain ini untuk menang, kita tidak mahu dengar benda-benda remeh ini.

“Jangan takut dan menyorok apabila netizen bising. Kalau pemain-pemain kita kalah, tampil dan berdepan dengan kritikan tersebut. Sukar jika tidak ada persefahaman antara jurulatih dan pengurusan,” katanya.

Jalani yang merupakan pemenang pingat pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik dan tonggak negara ketika kali terakhir merangkul Piala Thomas 1992 turut menyelar BAM dengan menganggap pembangunan badminton yang dilakukan badan induk itu sudah semakin ketinggalan dibandingkan negara-negara lain termasuk Jepun dan India.

“Pembangunan badminton kita sudah jauh ketinggalan. Orang-orang di atas yang pakar tidak pergi buat penilaian ke negara-negara maju badminton, sekarang India pun sudah mula naik.

“Pembangunan sangat pen­ting dan memerlukan masa yang panjang. Selain itu, kita juga perlukan sokongan daripada persatuan bagi memastikan pemain-pemain kita ada kesi­nambungan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya