Badminton sumbang gangsa dalam Universiade

Badminton sumbang gangsa dalam Universiade

BADMINTON menghadiahkan pingat gangsa dalam acara berpasukan campuran di Chengdu, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menambah satu lagi pingat dalam Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 apabila meraih gangsa acara badminton berpasukan campuran di Chengdu, China malam tadi.

Pasukan negara terpaksa akur 0-3 kepada juara bertahan, Taiwan pada separuh akhir.

Keputusan itu menyaksikan kontinjen negara setakat ini sudah mengumpul keseluruhan satu emas dan empat gangsa.

Dalam perlawanan malam tadi, hasrat menyaksikan beregu campuran, Wong Tien Ci- Desiree Siow mengutip mata pertama tidak kesampaian apabila tewas kepada Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 18-21, 16-21.

Acara perseorangan lelaki pula menyaksikan Anson Chong yang menghuni ranking ke-545 kalah kepada pemain No. 25 dunia, Lin Chun Yi 15-21, 16-21.

Pemain beregu, Yap Rui Chen yang menggalas tugas perseorangan wanita bagi menggantikan S. Kisona yang mengalami kecederaan turut gagal menyumbang mata apabila tunduk kepada Hsu Wen Chi 21-18, 12-21, 18-21.

Saingan individu akan bermula hari ini dan Malaysia meletakkan harapan kepada  beregu lelaki dan wanita untuk menambah kutipan pingat.

Prestasi Kontinjen Malaysia yang telah melepasi sasaran tiga pingat di Chengdu menggembirakan Ketua Kontinjen Negara, Prof. TS Dr. Mohd. Rusllim Mohamed.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian kontinjen negara di sini terutama dengan pungutan pingat yang sudah melepasi sasaran dan juga beberapa rekod kebangsaan yang telah dipecahkan oleh atlet kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya