Azrai mengganas, bantu Malaysia benam China 5-1

Azrai mengganas, bantu Malaysia benam China 5-1

Barisan pemain hoki negara meneruskan rentak kemenangan dalam Trofi Juara-Juara Asia 2023 apabila menewaskan China 5-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Mayor Radhakrishnan, Tamil Nadu, India hari ini. (FOTO: AHF / Hockey India)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI, India – Skuad hoki negara meneruskan momentum kemenangan di Trofi Juara-Juara Asia 2023 apabila menumpaskan China dengan keputusan 5-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Mayor Radakrishnan, Tamil Nadu, India hari ini.

Bagaimanapun anak buah Arul Selvaraj terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pendahuluan daripada China menerusi Chen Chongcong seawal minit keempat.

Malaysia kembali memperkemaskan jentera serangan dan akhirnya memperoleh gol penyamaan apabila Faizal Saari meledak menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 11.

The Speedy Tigers semakin selesa apabila Azrai Aizad Abu Kamal meletakkan skuad negara 2-1 di hadapan menuju penghujung suku pertama apabila ledakannya menerusi pukulan sudut penalti berjaya menewaskan penjaga gol China, Chen Qijun.

Sentuhan Azrai sekali lagi menemui gawang apabila tangkas menyambar peluang setelah berlaku kekalutan dalam kawasan China untuk Malaysia mendahului 3-1.

Aksi pemain hoki negara, Azrai Aizad Abu Kamal meledak gol ketika menentang China dalam Trofi Juara-Juara Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Mayor Radhakrishnan, Tamil Nadu, India hari ini. (FOTO: AHF / Hockey India)

China terus goyah dan kesempatan itu dimanfaatkan sebaiknya apabila menerusi satu serangan, Firhan Ashari menguis bola dengan Azrai cuba mengelirukan Qijun untuk bola membiarkan bola menerjah gawang sekaligus menjadikan kedudukan menjadi 4-1.

Najmi Farizal Jazlan melengkapkan malam gemilang Malaysia di Chennai apabila melepaskan pukulan kencang menerusi pukulan sudut penalti untuk Malaysia menamatkan perlawanan dengan kemenangan 5-1.

Lebih manis Azrai dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan, sementara rakan sepasukan Firhan kini menerajui carta penjaring terbanyak dengan empat gol.

Pemain hoki negara, Azrai Aizad Abu Kamal dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika menentang China dalam Trofi Juara-Juara Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Mayor Radhakrishnan, Tamil Nadu, India hari ini. (FOTO: AHF / Hockey India)

Terdahulu Malaysia membuka kempen Trofi Juara-Juara Asia 2023 semalam dengan kemenangan 3-0 ke atas Pakistan dan bakal membuat perhitungan dengan pasukan tuan rumah, India pada Ahad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya