Azizul akur terkandas di peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia

Azizul akur terkandas di peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Hasrat jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk meneruskan perjuangan ke peringkat akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland tidak kesampaian.

Dalam aksi yang berlangsung di Velodrome Sir Chris Hoy, Glasgow sebentar tadi menyaksikan Azizul memulakan perlumbaan bersama-sama penyandang juara dunia, Harrie Lavyersen dari Belanda, Jack Cornish, Carlin Jack, Kaiya Ota dan Kevin Quintero dalam aksi separuh akhir pertama.

Pelumba berusia 35 tahun itu bermula dengan baik apabila menempatkan diri di kelompok hadapan, namun menuju ke dua pusingan terakhir, Azizul diapit rapat oleh dua pelumba, Ota dan Carlin sehingga menyukarkannya untuk mencari ruang ke hadapan, sementara Layversen pula menyusup dari bahagian sebelah luar.

Quintero berjaya mencipta kejutan menjadi pelumba pertama untuk melintasi garisan penamat dengan catatan 10.228 saat (s), disusuli Carlin sementara Lavreysen di tempat ketiga.

Azizul pula akur untuk mengakhiri perlumbaan di tempat keempat sekaligus harapannya untuk meraih pingat dalam penampilan terakhirnya di kejohanan dunia tidak kesampaian.

Turut sama melangkah ke final merupakan Matthew Richardson, Shinji Nakano dan Jeffrey Hoogland yang beraksi di separuh akhir kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya