Azeem mahu jadi sekuat Goku

Azeem mahu jadi sekuat Goku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SIRI animasi Mutiara Naga atau Dragon Ball karya Akira Toriyama pernah menjadi kegilaan kanak-kanak di seluruh dunia, termasuk di Malaysia apabila ia ditayangkan di saluran televisyen tempatan pada pertengahan 1990-an hingga 2000-an.

Seperti kanak-kanak lain yang membesar menonton siri tersebut, pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi juga berkongsi memori indahnya ketika zaman persekolahan apabila bercita-cita menjadi sekuat watak utama, Goku dalam animasi tersebut.

Keunikan jalan cerita serta aksi pergaduhan membuatkan Azeem dan abang-abangnya mengumpul duit belanja harian untuk mengumpul koleksi komik Mutiara Naga.

“Waktu kecil saya amat menyukai kartun Dragon Ball (Mutiara Naga) kerana saya amat meminati watak Goku dan Vegeta, terutama apabila mereka bertukar menjadi Super Saiya.

“Tambahan kami mempunyai koleksi komik yang amat banyak membabitkan dua siri anime ini,” jelas Azeem kepada Mingguan Malaysia.

Selain Mutiara Naga, antara anime yang masih menjadi tontonan Azeem sehingga hari ini adalah siri One Piece yang dihasilkan oleh penulis dan ilustrasi Jepun, Eiichiro Oda.

Ia mengisahkan Monkey D. Luffy yang bercita-cita besar untuk menjadi Raja Lanun dan mahu mencari harta karun terpaksa mengharungi pelbagai siri pengembaraan bersama-sama beberapa orang krunya.

Siri anime yang mula ditayangkan pada 1999 itu mempunyai keseluruhan 1,071 episod untuk 20 musim.

Bagaimanapun Azeem yang yang kini melanjutkan pelajaran di Universiti Auburn, Amerika Syarikat (AS) menjelaskan dia tidak dapat mengikuti siri anime ini lebih kerap seperti mana zaman persekolahan kerana perlu membahagikan tumpuan kepada pelajaran serta program latihannya yang ketat.

 

Pelari berusia 19 tahun itu bakal menjadi wakil tunggal negara dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest yang akan bermula 19 Ogos ini.

“Sebenarnya kecenderungan saya adalah anime.

“Selain daripada Dragon Ball, saya juga suka menonton anime bersiri One Piece sebab ketika saya membesar, abang-abang saya suka menonton rancangan ini.

“Komik itu masih lagi ada lagi di rumah, dan saya pula sudah kurang menonton anime kerana memberi tumpuan kepada pelajaran dan latihan saya,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya